INFORMATION

AKADEMI BELIA SENI BELADIRI

Kelab Akademi Belia Seni Beladiri adalah sebuah organisasi NGO sukan yang bertindak sebagai badan yang mengendali, mempromosi dan menguruskan sukan Taekwon-do di peringkat kelab;

Mewujudkan dan memberi kesedaran ke atas kepentingan peraturan dan undang-undang sukan seni beladiri Taekwon-Do di kalangan ahli-ahli;

Mengendalikan kursus dan latihan di kalangan ahli-ahli;

Menganjur atau membantu penganjuran dan menjadi tuan rumah pertandingan bagi sukan seni beladiri Taekwon-Do diperingkat kelab. Bagi penganjuran peringkat daerah, negeri, kebangsaan kelab hendaklah mendapat kelulusan daripada badan pengelola / perwakilan;

Menyelesaikan isu-isu dan konflik dalaman yang melibatkan ahli;

Mengekalkan hubungan baik dengan badan pengelola / perwakilan dan persatuan-persatuan sukan atau agensi yang lain;

Memastikan prosedur pemilihan bagi mewakili kelab ke pertandingan ke pertandingan-pertandingan yang disertai adalah terbuka dan adil;

Memastikan bahawa setiap program dan aktiviti hendaklah berlandaskan perlembagaan ini dan peraturan-peraturan di bawahnya;

Memastikan perlembagaan dan peraturan kelab dipatuhi dan diikuti oleh ahli;

memastikan kegiatan amal atau perniagaan yang dijalankan bagi menambah kewangan kelab tidak bercanggah dengan undang-undang Negara.











2.0  OBJEKTIF

2.1    Menganjurkan kelas Taekwon-Do dan mengalakkan kelab-kelab Taekwon-Do yang lain bagi meningkatkan lagi prestasi Taekwon-Do di Malaysia dengan tidak meminggirkan aktiviti dan program kepada masyarakat.

2.2    Kelas Taekwon-Do ini juga adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada ahli-ahli     Taekwon-Do untuk mempamerkan teknik dan ilmu yang telah dipelajarinya. Kelas ini juga dapat menaikkan semangat masyarakat dalam seni mempertahankan diri dan sukan serta dalam kesihatan diri.

2.3    Ini bertujuan untuk merapatkan masyarakat kepada seni pertahankan diri, disamping mengelakkan masyarakat sering berkunjung ke tempat yang tidak elok dan membuang masa kepada perkara yang tidak berfaedah.

2.4    Memantapkan jasmani dan fizikal para masyarakat dengan ilmu seni mempertahankan diri dan senaman harian sekaligus menaikkan taraf kesihatan dan sukan di Negara ini. Program kelas Taekwon-Do ini juga dapat mempertingkatkan lagi disiplin para peserta yang telah mengikutinya.

2.5       Program kelas Taekwon-Do ini juga dapat menerangkan kepada           
         masyarakat bertapa pentingnya seni ilmu mempertahankan diri dalam 
         kehidupan harian kita.

No comments:

Post a Comment